di hari yang mulia ni, aku panjat kesyukuran ke atas Ilahi .
kerana telah membuka pintu hati ini sekali lagi utk disikan dengan cintaMu..
Walaupun dugaan datang dan hadir tanpa aku sangka,
PadaMu jua la tempat aku mengadu dan merawat hati ini.
Aku lupa bahawa pemilik hatiku yang sebenar ini ingin menguji sama ada aku masih leka dengan kecintaan duniawi ataupun tidak.
Adakah aku masih sedar bahawa Dia la tempat aku bergantung sepenunya.
Dan pada hari ini dan saat ini aku telah tersedar dari mimpi yang indah dan panjang..
Tanpa hadirMu dan cintaMu aku x kan setabah ini dan sekuat ini ..
Aku harap masih ada waktu dan ruang untuk aku kembali berpegang padaNya dan lebih dekat padaNya . .
semoga cintaMu terus subur dan bertakhta dalam hati ni ..
No comments:
Post a Comment