Syukur kerana masih diberi nafas dan nikmat untuk hidup di muka bumi Allah pada pg nie. . :)
Alhamdulillah jugak sbb hati ini tergerak untuk kembali menulis di blog ni .
Aku teringat status moment my roomate :
" Allah masukkan rasa kasih , boleh jadi ianya satu nikmat yang hebat. Dan boleh jadi juga ianya satu ujian yang berat. "ayat ni buat aku terfikir .. buat aku kembali merenung sejenak ..
sebelum ni hati ni pernah disinggahi rasa kasih dan cinta kepada seorang insan yang aku rasakan istimewa untukku .. dan hati ini pernah dilukai oleh insan tersebut .
Susah untuk aku percaya atas semua yang terjadi .. kerana ia terjadi dalam sekelip mata . .
banyak persoalan yang timbul .. kenapa hati manusia cepat berubah ? kenapa hati manusia tak tetap ?
Aku kembali semula pada sang Pencipta hati .. sang Pemilik hati ini yg sebenar .
dan sekarang ..
aku mulai bangun dan sedar dari mimpi-mimpi indah sebelum ini, aku bangkit dari kekecewaan yg aku rasa.
Sesungguhnya cinta manusia hanyalah bersifat sementara ..
dan cinta dariNya bersifat hakiki dan kekal abadi
dan ..
Hati ini kembali terusik dengan kehadiran perasaan kasih ..
" Sekiranya Allah izinkan hati ini untuk jatuh cinta sekali lagi .. semoga hati ini jatuh cinta pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu .. agar bertambah kekuatan untuk mencintaiMu "kali ini .. Aku serahkan rasa kasih ni pada DIA yang selayaknya.. semoga insan tersebut sentiasa dibawah lindunganNya . Hati ni kadang terdetik , mungkin dia sesuai untukku .. tapi perancangan dan aturan Allah lagi maha hebat . Ku serahkan segala padaNya ..
Jika dia betul jodohku yang sebenar ... Allah akan pertemukan kami juga pada suatu hari nanti..
" Semoga cinta ini tidak melebihi dari cintaku padaMu Ya ALLAH "
No comments:
Post a Comment