Wednesday, December 20, 2017

Hari yang suram...

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk pon dah suram kan, 

memang rasa down harini, sebab pikirkan masalah yang tak selesai sampai hari ni.

Cemburu bila tgk semua anak perempuan yg rapat dengan ibunya 😕😕

" Kalau la aku pon boleh begitu "

sedih . . . 

Aku cuba nak jadi anak yang baik, tetapi segala kebaikan dipandang sepi . . . 

tak tau nak buat macam mana lagi ...

my routine :

  • Bangun pagi , subuh dan pergi kerja ( nak buat breakfast mmg x sempat sbb mengantok sgt )
  • Balik kerja, solat maghrib dan terus ke dapur..masak atau kemas dapur sebelum berehat ( walaupon badan penat menghadap jem berejam ) tak pernah merungut pon. Cuma muka kepenatan je.
aku tak pernah merungut kepenatan, sebab aku tau tu tanggungjawab yg diberikan untuk aku. Bila tak buat breakfast, mungkin mak tak berkenan hal itu.


Tapi..tapi 

kalau fikir dari sudut lain, ada tak org sanggup jd cam aku, penat mcm mana pon buat kerja jugak. Kalau org lain aku perhati malas nak kemas rumah atau dapur. Biarkan je bersepah ( mak dia org relax je, anak mmg pandai melawa tapi x pandai mengemas ). Tapi tak semua la.. selalunya situasi mcm aku ni sbb dapat mak yang garang kot. 😂

  • Aku ni sangat aktif hal persatuan (sampai kena marah kerana lebihkan persatuan dan kawan-kawan dr family). Itupon aku dah cuba kurangkan aktiviti yg ada, tak se aktif masa di universiti.

Apa-apapon aku sentiasa doa supaya menjadi anak yg solehah 
walaupon  dimarahi atau nampak tak berkenan di mata seorang ibu 
😌😢

" SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU "

mungkin aku tak mampu lagi memberi kemewahan kepada kedua ibu bapa ku (kadang terasa gak bila aku diberitahu kpd kengkawan yg lain yg aku ni hanya kerja sementara je, belum dapat kerja tetap lagi) , yang hanya aku mampu berikan adalah doa pada setiap hari kepada kedua ibu bapaku..dan semoga mereka sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t. 

setiap yang berlaku pasti ada hikmah .. I LOVE BOTH MY PARENTS. 


ujian untuk didik hati ni sentiasa bersangka baik dan bersyukur dgn segala kurnia dariNya.

p/s : kepada anak-anak yg diluar sana, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kamu selagi mereka masih ada. . .  




Monday, December 11, 2017

Atuk..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam 2017 . setelah setahun menyepikan diri . Then i'm back !😘

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, masih dikurniakan kesihatan dan nikmat yg Allah berikan tanpa kita sedari. .

Throwback . . 

Sedih dan sayu malam ni, sebab teringat arwah atuk.. 
Sebulan selepas aku menjadi tunangan orang, atuk pergi menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terkilan sangat2 sebab minggu yang sebelum tu aku tak sempat melawat beliau di kampung, dan kebetulan minggu yang kami dah plan nak balik beramai ramai, atuk dah tiada..

Berita pemergiannya yang secara mengejut buat aku sedih sampai sekarang . 

sayang atuk ..


Hensem sangat atuk masa ni dan happy sangat tgk cucu sulung dah bertunang

GAMBAR TERKHIR MASA SELESAI KENDURI BERTUNANG


Semoga Rohnya dicucuri Allah s.w.t dan ditempatkan dikalangan para solihin.

AL-FATIHAH .. 




Sunday, May 29, 2016

Saje jeee...baru nak up.

10/1/2016


Mood nk tulis blog .. tapi line internet  xde, so taip kat sini dulu pastu baru transfer ke blog.

Serius aku rindu masa zaman rapat ngn jani .. tp jodoh dia sampai dulu dr aku. Sbb die kahwin dulu. hahaa..

Budak lelaki muka macho tapi pemalu ngan pempuan.! hahaa.. tu la trademark die yg aku ingat sampai skang .

Bila semakin dekat dgn hari perkahwinan dia, aku makin sedih sbb aku kena tinggalkan seorang kawan baik yg slalu bg support kat aku bila aku sedih, slalu ceriakan aku..


Paham2 je la, lelaki n perempuan xkan kawan baik selamanya sbb ade hati nk kena jaga kan .. if tak wife die, suami aku plak nanti .. haha.. so fair la kan

Ramai gak yg salah anggap pasal kita org, asihh.. sbb kita org slalu contact kot

Bila keadaan skang ni, Kadang sampai takut nk tnya khabar dia. . hahaa

Jani slalu support aku n doakn aku supaya aku jmpa lelaki yg boleh jaga aku dgn baik.. now, alhamdulillah dah termakbul doa seorang sahabat. thanks bro :D
4 ur information .. aku x pernah lupa persahabatan kita


* ni gara-gara terbaca meseg lama yg lupa nk padam. haha.. lawok bila baca balik. keje nk bertekak je masing2.

Thursday, February 11, 2016

Kekal bahagia



Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku 'kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya
Kekal bahagia selamanya


Wednesday, January 20, 2016

follow the flow..

Assalamualaikum.. 

lately ni , aku bnyak fikir tentang masa depan aku ..
siapa yang x nak kahwin kan ?
tapi aku kena habiskan belajar dulu dan start cari keje .. 

tp dalam pada tu, ade jugak perancangan tuk masa terdekat ni ..
semoga dipermudahkan .

jaga hati. jaga iman. jaga adab 




Sunday, October 18, 2015

Bahagia bukan mudah

Assalamualaikum ..

lama dah x tulis pape kat blog ..

jadi tempat nak luahkan perasaan je skang .

BAHAGIA .. semua org inginkan kebahagian. bohong la kan klu org x nak bahagia..
dalam nk dapatkan kebahagiaan tu, diri sendiri kena ingat yang semuanya bukan mudah .. 

Nama pon perempuan.. sifatnya sentiasa cepat terasa, sensitip dan pikir macam2 ...

tp alhamdulllah dikurniakan seorang insan yang cukup sabar :)

honestly , diri sendri kena sabar banyak2 .. banyak dugaan dan cabaran yg akan kena tempuh lagi :)


<3 last but not least 


Monday, June 29, 2015

Starter...

Bismillahirrahmanirrahim...

salam ramadan ..

sambungan al kisah status twitter aku .. CINTA BOLEH DIPUPUK..

mcam ni ceritanya, disebabkan pengalaman yg lepas..aku susah nk buka hati ni terima sapa2 dalam hidup aku.. aku cuba, tp x boleh ..
tp aku ni jenis suka berkawan dgn semua org, boleh dikatakan peramah la gak sampai org salah paham ngan aku .. sampai tersuka ngan aku pon ade. padahal niat aku nk berkawan je :)

satu hari ni, aku tegur someone lam fb.. sbb aku prasan sejak dua menjak ni..die slalu like status aku..klu ikut logik mmg slalu org yg like status aku.. tp ni pelik sbb die like status aku yg lama2... hahaa. its ok la..nak kawan kot. aku pon start tegur die ..tnya pergi program ke ??

sejak dr tu , kita org saling contact .. tp hati ni susah nk terima dia selagi dia bergelar LELAKI . nmpak sgt tak aku mmg fobia ngan lelaki,

tp honestly aku slesa berkawan ngan dia.. sbb dia x slalu sgt kacau aku dan merimaskan aku . . ntah la kan.. mgkin masa tu Allah da bukak pintu hati ni.. sbb aku slalu doa dn mintak petunjuk kat Allah knapa dn kenapa aku boleh trima die, dn knapa die hadir dalam hidup aku ...

masa sebulan awal pekenalan kami , satu2 Allah bg petunjuk kat aku.. aku sabar, kisah silam aku dtg balik. aku risau plus takut kalau pisang berbuah dua kali .. tp aku x amik kputusan tuk pergi dr dia..aku terus sabar.. x nk buat ke[utusan terburu buru..

dlam mind set aku ni LELAKI semuanya sama..  bila aku tgk drama isteri luar biasa skang, aku rasa perangai aku cam dewi yusra tu lebih kurang je, prejudis dengan LELAKI sampai la die jmpa lelaki yg die rasa ok..tp lama kelamaan die jatuh cinta gak ngan lelaki tu ..

HUAAA...sama la jalan ceritanye ngan aku skang.

ok sambung balik ! .. ingat senang ke nk terima org dalam hati kita..even da mengaku sygkan dia.. tp sbenarnye x sayang mana pon sbb langkah berjaga jaga perlu diambil..
tp ada satu benda yg buat aku semakin syg dgn dia.. sbb sifat sabar die.. dia sabar dgn perangai aku..nmpak yg dia sungguh2..

skang ni seriusly mmg boleh dikatakn sayang spenuh dah kat dia.. thank you Allah.. da buka hati ni tuk terima dia seadanya..

masing2 ade cerita silam masing2.. jadikan kisah silam guru yg terbaik tuk kita, yg mengajar kita erti kehidupan sebenar. CINTA BOLEH DIPUPUK..

harapan agar, dipermudahkn perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan :)

     

Friday, January 30, 2015

one day

once upon a time .. 

kita mmg tahu kehidupan kita adalah satu perjlanan yg tlh diaturkan olehNya ..
siapa kita nak halang dan mengubahnya ..
and now..im happy with my life now :)

semuanya berkat dariNya..kekuatan yg diberi olehNya ..

bila aku kilas dan toleh sebentar kenangan silam .. aku bersyukur,
ada hikmah atas semuanya ...

tak semua yg kita rancang akan jd kenyataan. kita hanya mampu merancang tp Allah yang tentukan.

klu itu cara die nk tebus kesalahan die yg dlu .. aku terima. aku siapa nk hukum kesilapan die yg lalu ..


Sunday, December 28, 2014

thanx ...

Kepada Masa Lalu,
Apa khabar? Pastinya berada dalam keadaan tertinggal di belakang, dan sering mahu dilupakan. Maaf kerana jarang menziarahimu, kerana saya sibuk memesrai Masa Hadapan.
Masa Lalu,
sepertinya orang lain, saya dengan begitu terdesak ingin melupakan kamu. Kamu, adalah sesuatu yang saya tidak perlukan, hampir setiap hari. Kamu pasti tahu, kamu banyak musuh, kan? Musuh-musuh kamu adalah mereka yang ingin menjadi lebih baik, mereka yang ingin maju, mereka yang patah hati, mereka yang gagal. Saya, adalah sebahagian daripada mereka.
Kamu tahu, hampir setiap saat saya hampir memaki kamu, kerana apa yang telah terjadi pada saat-saat yang telah berlalu. Tapi hari ini, tiba-tiba saya tersedar sesuatu. Kamu, Masa Lalu, bukanlah sesuatu yang teruk sebenarnya. Sungguh. Hampir saya menangis kerana menyesali perbuatan saya, mengutuk, menyumpah dan menyalahkan kamu atas segala kegagalan saya. Saya lupa, yang bersalah itu saya, bukan kamu.
Dalam sejenak saya terfikir, apabila saya mengutuk kamu, sebenarnya saya sedang mengutuk takdir. Dan mengutuk takdir bererti saya mengutuk Tuhan. Nauzubillah. Astaghfirullah.
Masa Lalu,
kini saya berasa hendak memeluk kamu. Kenapa? Sebab tanpa kamu, mana bisa saya jadi seperti sekarang. Tanpa kamu, mana bisa saya menjadi lebih baik. Kerana adanya kamu, Masa Lalu, kamu mengajar saya menjadi dewasa, mengajar saya memaknai rasa, mengajar saya mengenal diri, mengajar saya tentang keputusan, dan banyak lagi.
Hampir-hampir saya melupakan kebaikan kamu wahai Masa Lalu, tatkala hati saya dimamah penyesalan. Kini, saya menulis kerana mahu mengucapkan terima kasih. Terima kasih atas segala pengajaran, sungguh pun ia datang begitu lewat. Sungguh, terima kasih.
Masa Lalu,
tak mungkin saya melupakan kamu ketika masih hidup. Kerana kenangan, tarikh luputnya sepanjang hayat. Selagi hidup, selagi itu saya akan terikat dengan kamu. Pun begitu, saya tak boleh selalu menziarahi kamu, bimbang saya terlepas sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Moga kamu tetap di tempatmu, agar sesekali saya ingin berbicara tentang penyesalan dan hikmah, kamu selalu ada untuk mendengar dan memberi tunjuk ajar. Jumpa lagi nanti.
Ikhlas,
Sederhanaindah

Saturday, November 29, 2014

mewangi ...

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


Thursday, October 9, 2014

Bila larut malam

Assalamualaikum .. 

lewat pagi dah ni ..sempat lagi nak mukadimah satu dua sebelum lelapkan mata. .

seronok nak luah perasaan time orang tengah tido ..

to be honest :

1. immune badan ni lemah .. mudah sangat sakit skang :(
2. banyak jugak fikir kerja-kerja yg x selesai lagi.
3. rasa nak balik rumah .. nak tengok abah ngan mak 
4. rasa cepatlah abis final year .. 

penat .. perkataan yg x mampu nk hurai and gambarkan macam mana ..

Im always remind my self that :

biarlah penat di dunia .. rehat di akhirat nanti :)
kalau kita kejar dunia sangat pon x boleh .. tp kita kena ada dunia kalaiu nak akhirat

banyak lagi kena ubah dalam diri ni . terutama RAJIN ! tolonglah ..jadi rajin sikit .. tu yg slalu pesan kat diri ni .. 

ok ! jom tido 


Tuesday, October 7, 2014

gudnite caption


sedih ..

hati ni sedih . kenapa ?
macam luka lama berdarah balik .. sabarlah wahai hati

dugaan untukmu kali ini .. kena la kuat kan .

jangan mudah give up !

bila niat kita baik, Allah akan permudahkan .. percaya akan itu

" Saya minta maaf kalau kehadiran saya tidak menyenangkan orang lain. "
 Jika perlu ... i need to stay away .. choose the other path .

maaf.

" jodoh di tangan Allah "


Tuesday, September 9, 2014

awak ...

awak .. 
seandainya .. ini ketentuan yg Allah berikan .. dan Allah hadirkan untuk diri ini 
diri ini terima mu seadanya ...

biar masa yang tentukan ..

semoga kami disatukan nanti dalam satu ikatan yang sah dan halal disisiMu ya ALLAH 


Monday, September 8, 2014

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah ..
akhirnya melangkah jugak ke tahun akhir ...

i know it bit tough for this year ...

ape ape pun.. usaha kena tetap ade :)


dusty pink ! motif ?? 

tema for my engagement .. insyaAllah.. one fine day .

( semoga Allah permudahkan )

study + pikir masa depan + pikir tuk bahagiakan parents 



Sunday, August 17, 2014

everything happens for a reason ..



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Tuesday, July 1, 2014

percayalah dan bersabarlah :)



Bersabarlah.

Sesungguhnya Tuhan berterima kasih kepadamu yang bersabar di dalam kesulitan dan kepedihan hatinya.

Kerana

Kesabaranmu adalah tanda bahwa engkau percaya bahawa Tuhan sedang menyusunkan sesuatu yang lebih baik bagi diri dan kehidupanmu.





my 1st experienced

What my 1st experienced ??

jadi ajk teknikal tuk dinner MR ..  ni bukan AJK biasa-biasa tau . !
Boleh dikatakan kita org tubuhkan team produksi sendrian berhad semata-mata tuk dinner tu

Krew teknikal yg memang ohsem !
MIRA , SYAFIQ & NANI

TEAM PRODUKSI :
Amal ( director ) , mira & nani ( camera gurl a.k.a tukang shooting ),
ina & kown ( terlibat utk storyline ).

RETIS LA SANGAT :
Syafiq ( James Bond a.k.a main actor ), fazi ( actor at rooftop perdana ),
daus & pelakon import dr student 1st year ( bodyguard si james bond )

tape rewind ! ...

1st time buat shooting .. muka kena tebal kot ! ( tu yg penting ) sbb nk kena hold camcoder depan org ramai and berlagak kununnya tengah shooting tuk final year project ! .. kena act macho semachonye .. hahaa
Kalau pegang camera sebesar macam nk shoot filem tu boleh la org percaya tgh shooting filem .. ni pegang camcoder and guna tripod .. kena letak tripod tengah2 org ramai .. dan anda akan menyedari bahawa semua orang sedang memerhatikan gelagat anda .. malunyeee.. seriuss ! nak pakai topeng je masa tu .

ni tempat shooting pertama kami ! 


ni la james bond kita org .. time ni tengah siap-siap nak transformkan diri jadi james bond 

 ni la tuan DIREKTOR kami .. tengah bz lateww..


kami la krewnya .. semua peranan kita org amik sampailah ke makeup retis ni .. nak jimat bajet la katakan sbb baru je tubuhkan team ni .. 
org baru nak belajar :)


tak lupa juga pada 2 orang yg kiut ni .. hehee.. 
dah ready nk gi shooting ni . 


yang ni dah get ready nk shoot depan balai ketibaan .. punya la susah nk shoot part ni . sbb nak tunggu kreta clear and org clear dulu .. 

and memang kena muka tebal abis .. seolah olah tebal mcm dinding concrete.

kat dalam airport pon kita org shoot ...masa nk shoot tuk jamesbond dah sampai ke Malaysia 
memang masa tu kena diri tengah laluan org ramai .. 

dan aku slumber letak kamera kat tengah2 laluan tu.. 
( dalam hati biaq pi la pa org nak kata ..janji keje aku siap ) 
hahahaa... interesting experienced on that time ! 


 time kat hotel perdana, KB .. 


ni shooting part jamesbond and bodyguard nak kluar dr lif
memang kita org main pintu lif je malam tuh ..
hahaha..

macam hotel tu kita orang punya je ..

lif tu asyik turun naik .. mesti org kat bawah pelik..ramai sgt ke visitors sampai lif x benti turun naik ..

HAHA..



sesi tunggu lif nak bukak ...


penat dak dua orang ni nak tunggu lif bukak n smpai tingkat 2 . hehee
menahan sabar dengan muka comel lagi

ni la nani .. camera woman on that night ..replace my place pulak 
waktu siang, masa kat airport aku shoot .. ni dia pulak ..


tu dia .. dah maii dah .. james bond ! 
:)
hahaa.. part ni pon lama nk shoot sebab nk dapat angle yg cantik bila
 james bond mula2 kluar dr lif 


ni tahap borink dah .. bergambar sat ! .. sebab dalam lif tu ade cermin ..


reconfirm balik scene yg kit org shoot ..puas atie ke tak . hehee



dah jom ke pintu utama pulak ! nk shoot part james bond baru sampai ke Hotel Perdana

ni dah macam sesi kena TERJAH dalam lif je ..hahaa



mulut kena ramah time ni .. mintak tolong abang yg jaga pintu masuk terlibat dalam pembikinan filem pendek kami . hehehe.. abang tu orite je .. sporting pulak tuh 

part ni boleh pulak kereta lock ..dah la lama abang tu nak bukakkan pintu 

abang tu pon pelik..asal pintu kereta ni x leh bukak.. hahaa




ni setting tuk james bond masuk ke pintu utama Hotel Perdana ...

ni pon mintak tolong abang yg sambut tetamu tu berlakon jap .
sebenarnya penyambut tetamu tu pakai baju kemeja putih ...
kami boleh pulak request nk abang yg pakai baju oren tu jd penyambut tetamu ...
untungla die org .. tp kesian kat abang yg pakai kemeja putih tu sbb perkhidmatan mereka tak diperlukan ..
takpelah ..next time k ! 



kan dah kata .. abang 2 org tu memang sporting ! . 

ok da smpai penghujung ..  masing2 da keletihan sebab dr siang sampai ke malam kita org bekerja 
:)


 sesi perbincangan tuk next shooting ... for the next day at rooftop hotel perdana !
jarang org dapat naik kat situ .. kira team kita org beruntung sangat !


jom balik ! 
dah pukul 10 malam dah ..drp siang tak berhenti shooting .. benti time maghrib & makan malam je 

shooting yg hari kedua kat rooftop aku tak dapat join .. so x dapat nk letak gambar kat sini
sbb tak tau situasi masa shoot cam mana. 
hehehe

sekian . pengalaman . interesting . seronok . 

boleh keje dengan TV3 kot lepas ni . hahaa





mukadimah on ramadhan

assalamualaikum...

since dah berkurun tak menaip !. 
and dari tak buat pape kat rumah ni .. im determined to update my blog always .. 

bila ade cerita sensasi je ..patot aku taip :)

ok . bye ..

wasalam .. need to rest . padahal da banyak rest pon siang tadi
since tak ngantok lagi kan ..

nk cerita la sepatah dua .. throw back or campak belakang balik ! .

ok. move to the next entry guys :p

Sunday, June 8, 2014

sehari sebelumnya ...

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur sehingga hari ni aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ni..
Dalam sedar tak sedar esok merupakan tarikh dimana aku dilahirkan dan muncul di dunia ni.

Syukur kepada bondaku , kerana melahirkan ku di dunia ni.. aku dapat rasa betapa sakit dan besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak ..

Esok genaplah aku berusia 22 tahun .. banyak pengalaman suka , gembira, sedih yang aku lalui sepanjang hidup ni .

Semua tu corak warna warni kehidupanku ..

Bila terkenangkan hari esok ..aku tetiba jadi sebak ..

Aku mampu kuat dan teguh hingga ke hari ini kerana adanya saluran kekuatan darMu Ya Allah..Adanya semangat dan doa dari kedua ibu bapaku .. dan tak lupa juga doa dari guru, keluarga dan sahabat seperjuanganku ..

Semoga Engkau berkati dan rahmati hidupku ini sentiasa …
Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariMu ..


-Going to be 22  - 


Sunday, May 18, 2014

kenangan mengajarku

Kalau semua kenangan boleh di padam, kita nak muhasabah diri bagaimana? tak apa. tak salah untuk ingat segala duka. tak ralat kalau tak boleh buang segala memori. sebab kenangan itulah yang akan mengajar bagaimana untuk mengelak dari terluka sekali lagi. alhamdulillah terima kasih, Allah. dari kenangan aku belajar menjadi lebih baik

#sederhanaindah


#akuislam