Tuesday, December 31, 2013

Mukadimah 2014

assalamualaikum..

Hari ni datang masa mood aku nk sambung menulis kat blog ni ..

Alhamdulillah .. 
esok kita nak masuk tahun baru . 2014 tahun Masihi .. 
yg paling penting kita da lama masuk tahun hijrah yg baru ..

banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2013 ..
dan selama kita hidup nie, kita tak tau bila kita akan dipanggil menghadap Ilahi ..
sungguh banyak lagi kelemahan dan dosa masih dilakukan .. 

Kerana kita manusia, insan (maksudnya mudah lupa) ...mudah lupa pada tuhan....
Mudah lupa untuk mengingati DIA ...
Mudah lupa dalam arus dunia yang penuh godaan...
Kerna itu Kita semua adalah pendosa melainkan nabi sahaja yang maksum...

sebagai insan yang lemah ini.. 
berpegang lah kepada DIA yang Esa ..
kembalilah kepada fitrah .. ke jalan yang diredhaiNya ..

SIAPA kita pada masa lepas .. jangan diulang lagi .
tinggallah kenangan yang lepas . . dan bangunlah untuk mengejar redha Allah dan Syurga nun di depan kita..
yang lepas jadikan pengajaran dan iktibar untuk diri sendiri agar tidak kembali berulang.

* sama-sama kita merperbaiki diri :)

- PESANAN BAGI DIRI INI YANG SERING ALPA -


Sunday, December 22, 2013

aturanNya

Ada ketika.
Tuhan atur, kita diuji dengan sebuah pertemuan. 
Pertemuan yang membawa perubahan. 
Pada kita dan pada dia.
Menjadikan kita baik, dan lebih baik.


Lalu, kita diuji lagi, dengan sebuah perpisahan.
Perpisahan yang juga mungkin membawa perubahan.


Adakah kita kekal baik dan terus baik,


Tanpa dia disisi.


credit to : akuislam