Wednesday, August 24, 2011

:)

thanx mom & dad :)

nothing to say . . .

my new experienced :)

semalam adalah hari yang memenatkan. serius ! tak tipu. huhu
pagi2 sharp pukul 9.00 aku da gerak gi seremban ! shopping lagi tuk barang nak masuk U . macam-macam
 :)

sampai umah kol 1.40. rehat tuk solat zohor je.
then wat keje gila. naik seremban lagi. 
me with makmah , nak gi shoping kasut jap kat jusco. 
haii. makmah pecah rekod tahun nie. beli kasut mahal . i tengok je. x de yang berkenan di hati . huhu
makmah suh amik kasut RM 169.00  . wow ! PRIMAVERA ok. 
saya x mau. terlampau mahal ! pakai di kaki je kot. 
ok . decide nak balik. nak sediakan juadAH berbuka puasa. 

4.30 pm kami start keluar dari JJ. . . 
tengah drive . TETIBA . kereta buat hal. 
OMG ! kami perempuan ni. jangan la kereta wat hal. kami nak balik..


telefon semua orang . mintak tolong. 
my ucu pon datang . teman kite orang. yela kot. tempat tu sunyi giler ! 

then decide guna towink car ( tol trak ).
argh ! giler seyh. x kan nak duduk lam kereta yang kena tarik.
HAHA, da x de pilihan. naik je la. kalau tak nak balik camne . ! bas da la x ade. 
nak tunggu uda datang , lambat ler pulak.

HAHAHA... NAIK TOL TRAK LA SAYA !.
masa kereta tu kena angkat. giler menjerit aku.
ucu cakap : '' POYO GILE KAU. " 

ok ! saya ada dalam kereta ni. serius menakutkan !

 ok da selesai. kami pon terus balik. 
serius ! laju sangat orang tu bawak tol trak. aku lam kereta ni siap pakai SEATBELT !. 
hahaha. x penah dibuat orang. . . 
sepanjang perjalanan tu asyik nak gelak je. KELAKAR la. macam2 jadi .
paktam cakap : '' NASIB BAIK ADE GENG ROTI JOHN MEMBANTU "
HUHU. ye la . ucu ngan uda yang datang tolong. ! 

ade satu insiden lagi. masa dalam tol trak. tiba2 aku x boleh nak bernafas !!!
TOLONG ! . " makmah , kenapa ira rasa lain macam nie. ?? "

makmah said : '' kenape?? jantung ko x berdenyut ke ? "

 me said : '' hurmm..entahla. eyh nak cek kejap. EYH ! kenapa x jumpa jantung nie. jantung kat sebelah mana? kenapa x de rasa berdenyut nie ? ""

makmah said : '' HAHAHAHa. klau x berdenyut da mati ler. jantung pun tak tau kat mana =_= "

ok fine ! i duduk diam je. tenang kan diri. 

me said : " makmah la nie. tetiba pulak beli kasut mahal. kan da rosak kereta nih. merajuk kot . haii. nasib baik la ira tak amik kasut RM 169.00 tuh. kalau tak x de duit la nak bayar upah tarik kereta nih. 

 nie la rupe kereta kena tarik. :)

bile sampai jelebu, naik kereta uda pulak. gi BSN.
TIBA - TIBA lagi. minyak die HABIS ! .
ok. aku cakap.  " ira tak nak jalan kaki gi PETRONAS isi minyak. cukup la naik tol trak tadi. haha "
uda cakap : '' ade sikit lagi ni. kita try " 

AMAZING. ade sikit minyak. enjin kereta hidup balik.
ape lagi kan. drift lerr 100 km/hr pegi isi minyak.
nasib baik sampai kat stesen minyak . 

Sampai je rumah kul 8.45 kot abah tanya : " bes naik tol trak ? "
me said : " hahaha.. bes2 . macam naik bot nak gi langkawi "



OOOOK ! PENAT + KELAKAR 
DUGAAN BULAN PUASA. MY NEW EXPERIENCED. ! .
ADVENTURE ABIS
:)

Saturday, August 20, 2011

i think ~

<3 i think saya akan nangis kali nie . 

masa matrik tak nangis sebab pikir rumah dekat la jugak kan. walaupun x penah merasa duduk hostel b4 this . . .

<3 i think saya akan selalu pikir nak balik macam mana .

masa matrik tak risau pon ! abah selalu jemput . walaupun saya cuba nak balik naik bas . . .

<3 i think macam mana kehidupan saya nanti . ade tak yang nak kawan dengan saya . . .

I THINK . I THINK . I THINK.


okies. enough . pening da kepala nie.


penat ke ? adelah jugak.

Saturday. 20.8.2011 bersamaan juga 20 Ramadhan . . .
Saya cuti berniaga semalam. huhu. 
syok ! 
i pegi shoping raya wit family 

our destination : Bandaraya Melaka , Ayer Keroh

10.00 am. we arrive there ! ahakz . x de orang lagi. parking lot pon masih kosong. 
a bit worry bcoz ok ke park kereta kat sini. risau pulak x de orang nie. HUHU
actually , awal sangat kite orang smpai. MELAKA MALL baru je bukak ! 

kena naik LIFT dr car park to shopping lot . 
bile bukak je pintu lift. saya pun bagi salam, " ASSALAMUALAIKUM " 
saya teringat dalam cerita LAU KAW BAINANA. episode semalam jugak.
die nak uji umat islam zaman sekarang. pengacara tu buat peraturan baru kat lift.
sape2 yang nak menggunakan lift kena bagi salam. jika tidak kena naik tangga. 
walaupon peraturan tu senang. tapi ade jugak segilintir manusia sekarang sombong nak 
beri salam. 


bile da sampai kat SHOPPING LOT.. teruja jugak. banyak perkataan tulis " SALE ". . . 
disebabkan kami sampai terlalu awal, cashier pun tak bukak lagi & pekerja yang incarge tuk carikan size tuk baju yang kita pilih pun belom ade lagi. hehehehe... alamatnye la kan abis aku bongkar kain baju tu sendiri.
nasib baik x de pelanggan lain yang datang & tanya " kak , ade tak baju saiz ni ?? " hahahahaha...

tahun nie saya sederhana je. coz banyak lagi barang nak beli tuk masuk U, 
kesian jugak kat adik saya. permohonan nak beli kasut tak diluluskan.
yela . masih elok lagi kasut tahun lepas. tak nak la membazir. 
die pun senyap je la. lagipun die paling vouge la tahun nie. perbelanjaan baju die terover budget. hahaha

then . da pukul 2.00 . kami singgah MYDIN MELAKA pulak.
nak cari baju kurung tuk my mom. 

SERIUS. ramai giler. da macam tin sardin kot MYDIN tu jadinye.
bile da macam tu. biasa la kan.
" kepada bapa bernama ________ sila ke kaunter perkhidmatan , anak anda bernama _______ sedang menunggu "
DIALOG femes kot kat pasar raya. haha.

kul 3.30 kami balik ler. 
ade majlis berbuka puasa tuk keluarga YAHAYA di Sg. Rotan.
bes sangat ! penuh la ruang tamu bile semua da berkumpul. RIUH RENDAH rumah dibuatnye. 
MERIAH SANGAT !!!!
kami pergi terawih beramai - ramai . bile time moreh. wah !! teruja sangat. banyak juadah . dan suka tengok warga masjid bekerjasama menghidangkan makanan. 
pfttt !! ade SATE & BUBUR LAMBUK la. hehehe. bes lak ai.

PENATNYERRRRR......tapi SERONOK 

Thursday, August 18, 2011

my favourite :)


TART NENAS GULUNG
<3 kuih feberet bile hari raya <3

"maklong kata tahun nie x dapat beli tart nenas, mahal dah." :((

sedih. . . saya suka sangat kuih nie. tak de masa nak buat. kalau buat pon tak tau jadi ke tak


p/s : kengkawan ! maaf kalau satu balang kuih tart nenas abis bile saya beraya kat rumah kamu .

saya nak cakap nie .


i'm sorry :)
terfikir bukan - bukan pasal kamu . 
saya nak mintak maaf direct dekat kamu. tapi . . . 
saya segan, nanti kamu tegelak. . . HUHU. 
yela nanti kamu tanya balik . " kenapa nak mintak maaf ? " 
saya tak tau nak jawab. . . blank ~

kamu baik sangat . THANX FOR BEING MY FREN 

Syukur ke Hadrat Ilahi



Alhamdulillah. . . 
hari nie aku masih bernafas di bumi Allah S.W.T, 
Hari nie jugak da masuk 19 ramadhan umat islam berpuasa...


SYUKUR sangat-sangat. semalam aku nyaris eksiden sbenanye, kat selekoh jalan kg. Kemin.
Ya Allah. .  masalahnye bukan salah aku. salah budak motor lelaki yang potong aku time selekoh.
lepas tu kereta kat lorong sebelah sampai. . . motor tu selamba je himpit aku. kalau la aku x ngelak. x tau la kan..
konperm aku sekali terbabit dgn pelanggaran tu. da dekat sangat. nasib baik jugak kereta kat lorong sebelah tu tak laju. sempat brek kot .


Uda cakap , kalau die yang bawak kereta time tu mmg kejar je dak motor tu & cakap 
" DA TAK NAK RAYA SANGAT KE???? "


aku sabar je la. . . memang dugaan. 
malam tadi story kat abah, abah cakap budak tu mesti nampak pempuan yang bawak . tambah2 lagi ade sticker P. tu yg sesuka hati potong. die x tau kadang ade jugak pempuan yang cekap bawak kereta . 


aku memei setuju la cakap abah. . ingat aku x reti ke bawak kereta. sticker P tu sebab nak elak saman dr JPJ. lesen P aku x abis lagi. hish ! ( serius geram )
Ya Allah. . . syukur x de pape semalam. 
yela sikap manusia kan, tu semua kadang boleh jadi penyebab. . . kalau boleh elakkan la dari benda yang x elok ni. bertimbang rasa la . . . 

Wednesday, August 17, 2011

awak . awak . & awak

Saya pun nak post macam WONDERLUNA . . .


dedicate to : FARAH DIANA , ZULAIHA & RUWAIDA. 

jgn lupe saya bile awak semua dah masuk U  :)
thanx for being such a wonderful friend for me
saya doakan kejayaan awak semua. 

lets achieve our dreams together 
study . kerja . kahwin . dapat anak 

sweet sangat :)

  remember this ok !............



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL - MUBARAK
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI



to MR. POSTMAN, tolong send kan ucapan saya ni kat mereka . . .

semalam kan...

kami berbuka dekat bazar je. then pas solat maghrib, pikir-pikir la tempat nak pi makan .
we decide to go IMANI TOMYAM . aishh. tutup ler pulak. . . baru nak makan nasi putih & sup ayam.
i pon da x larat nak pikir. my ucu je la yang decide mana nak pi makan.

he suggest us that gerai cekodok ikan bilis kat senawang !
daripada ari tu kata sedap & sedap la. 
ok ! i wanna try it  :) 
( kalau x sedap salahkan die )

at last. sampai-sampai je. . . tukang masak gi solat isyak. almost 1 hour tau kite org baru dapat makan. kami order cucur ikan bilis 3 hinggit !! 
wa..!!! giler sedap. rasa macam cekodok yang kita wat kat rumah je. 
TERBAEKKK !!

selebihnye kami order nasi lemak ayam. serius lapar ! x cukup makan cekodok je.
ok selesai. 

saya kena drive sorang je balik umah. ucu cakap kalau x de oarang follow aku dr belakang pon x pe. sebab laju giler aku bawak. die sampai full total la follow aku aritu. hahaha
tapi mana ade laju. 80 km/hr . tak ler !!

penat sangat ! balik-balik kena basuh barang berniaga. rendam barang-barang dgn air panas.
STAY UP ye malam tadi. . .
2.00 am. akhirnye siap. abah pun risau, ye la da malam sangat. kul 4 nak bangun sahur.
2 jam je tido. syukur & nikmatnyer....
lepas solat subuh je, hahaha balas dendam kot. kul 10 baru bangun. huhu

Tuesday, August 16, 2011

wanita. cantiknye kamu.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )


" i want to be anak yang solehah .taat perintah ALLAH S.W.T. & taat perintah kedua ibu-bapa saya "

comel la. :)

yerr.. memang comel. hehe.. time aku kecik2 dulu pun tak senakal macam tu kot. tapi entahla. banyak da lupe. hehe.

1.    masa nak solat terawih. teserempak dengan geng budak kecik. tengah berbisik bisik. hehehe. kelakar ! saya tau die orang  mesti plan nak berlari or main kejar2 masa orang tengah solat terawih. HEEHE..

2.    saya suke tengok budak-budak kecik perempuan pakai telekung. amatlah COMEL !. . . 

3.    lepas abis je solat i saw baby gurl , jalan terkedek-kedek kat belakang mummy die. wahhhh....
she was so cute ! 

4.    time moreh pulak. ade la sekumpulan budak kecik lelaki ni. plan x nak minum air panas. nak air batu je. hehe. da macam rumah die orang pulak. ade sorang tu siap suruh kawan die amik kan ais kat makcik catering tuh. hehe. die penakut kot. 

5.    ade tu pulak. bile nampak kuih. terus je jerit. " Wah !! sedap ni. nak amik dua la. " Pastu die terus bawak gi makan lam masjid.

6.    ade sorang lagi, yang memang suka sirap bandung kot. siap cedok air tu, banyak kali die amik. Aii. abis la orang lain minum air bandung yang telah dimasukkan tangan dak kecik tu. hehe

7.    i saw a small boy  nie. siap wat teh tarik. ye la panas kan air teh tu. hehe...tapi cumill sangat.. kusyuk die wat teh tarik tu. die duk sorang je. . . bile nampak i asyik pandang die. die segan. hehehe



SAYA SUKA BUDAK-BUDAK. COMELL plus plus. . . biasala kalau mereka nakal kan. . .  siapa la tak nakal time kecik2 dulu. konperm kena cubit + lepuk ngan mak kan kan kan. HEHEHEHE...




Monday, August 15, 2011

mocha & latte :)

THE STORY IS BEGIN HERE :)

Coffeebean : 4.00 pm

Pada suatu hari ade seorang perempuan bertanya kepada seorang pelayan di kaunter. 
      " between mocha & latte which one is the best ? "
Pelayan pun balas, 
      " i think mocha is the best, it taste was better than latte. "
Pelayan kedua pun bersuara,
      " latte is much more tasty & delicious . u better choose it "

Perempuan tersebut bertambah pening apabila memikirkan whether mocha or latte yg patut die pilih . fikir dan terus berfikir.. dan akhirnye die mendapat satu idea .
      " if i mix between mocha & latte ok tak ?? ''

Semua pelayan terus terdiam sebentar . mereka berasa pelik sebab tak ade seorang pun pelanggan yang datang inginkan perasa mocha mix with latte .

Tiba-tiba kedengaran ade satu suara yang membalas pertanyaan perempuan tadi, 
       " tak sedap kalau mocha & latte dicampurkan . too much of coffee taste ."

Akhirnye perempuan tersebut membuat keputusan untuk membeli kopi perasa mocha sahaja. 

APA YANG TERJADI PADA LATTE ???
Pada suatu zaman dahulu. ade sebuah perkampungan didiami oleh ramai penduduk. penduduk nye hidup dalam suasana aman dan damai. antara penduduk yang mendiami perkampungan tersebut adalah mocha & latte. . .
 Mocha sangat la terkenal di kalangan penduduk kerana sikap peramah dan baik hati nye. 
manakala Latte pula hanya bersifat sederhana sahaja dan suka berbuat baik kepada semua orang . .
walaupun satu kampung . mocha & latte tak pernah berjumpa sehinggalah pada suatu hari nie. mungkin takdir telah menemukan mereka . . . dan akhirnye mereka menjadi sahabat. setelah sekian lama bersahabat, tanpa disedari latte mengagumi sifat yang ada pada mocha. . . 
tapi sayangnye latte berasa rendah diri , die tidak layak berkawan dengan lebih rapat dengan mocha.
Latte tak sempurna coklat atau vanilla yang menjadi pujaan orang ramai. Latte hanya memiliki kesederhanaan sahaja. Oleh sebab itu. latte mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. . . lagipun latte menyedari bahawa Mocha menyukai vanilla. bagi latte , mocha dan vanilla memang serasi dan sepadan. Latte hanya mampu berdiam diri & melihat mocha dari jauh sahaja.. walaupun hakikatnye die bersedih seorang diri . . .  Setelah berfikir dengan sedalam dalamnye. latte mengambil keputusan untuk pergi ke tempat jauh untuk menimba PENGALAMAN . ini berkemungkinan bahawa die akan melupakan mocha.  . .

Latte pernah terfikir : 

Latte & Mocha sememangnye tak akan sedap bila dicampurkan . mungkin akan menjadi lebih pahit . Tapi Latte hanya akan tetap tunggu apabila mungkin suatu hari nanti akan ada pelanggan yang akan kata Latte & Mocha sedap apabila di " mix " kan . . . dan mungkin juga latte akan dicampurkan dengan perasa yang lebih baik dari mocha :)


- tHE eND oF tHE sTORY -

Sunday, August 14, 2011

terawih oo.. terawih

alhamdulillah . syukur sangat-sangat. kita sebagai umat islam da masuk 15 ramadhan kita berpuasa.
cakap pasal terawih , syukur jugak akhirnye tahun nie dapat jugak aku jalankan ibadah terawih dengan famili.

sebenarnye nak cerita. . . banyak insiden yg berlaku masa lepas terawih nie.
huhu. kelakar pon ade.

hari 2nd aku gi terawih kat seremban. sebab da start berniaga kan. x sempat nak terawih kat kampung.
selalunye masjid 20 rakaat. tapi kite org wat 8 rakaat je.
insiden yg paling dasyat skali : pergaduhan kat perkarangan masjid. pas habis 8 rakaat.
aish !! nak cite pun malu jugak. . . budak lebih kurang sebaya adik aku kot bergaduh dengan seorang pakcik nie. . kes nye pasal parking ! yg sorang nak balik. yg sorang nak parking.
malu la kan kalau begaduh ngan dak kecik.. tapi masalahnye. dak laki tuh terlampau kurang ajar pulak. kalau aku jadi pakcik tu pun memang rasa nak humban lam tasik dpn masjid tu je. 
serius ! malu kan kan kan.. da la sebelum tu imam da WARNING awal-awal pasal parking. sebab sehari sebelum tu ade pergaduhan jugak . 


lagi satu kan. cerita pasal budak-budak. . . 
mak ayah die org sibuk nak sembahyang. anak-anak terpaksa la dibiarkan. . . aish. budak2 & kanak2 biasa la. mesti nak bergumbira je. x kira kat mana. da nama pun dak kecik.
yang paling bes. bile time semua tengah sembahyang. mula la ade yang terjerit - jerit.
main kejar-kejar.
 sampai TOK IMAM pun warning lepas habis solat isyak !
'' ehem..ehem..kanak-kanak yang kat belakang sana sila senyap ''
hehehe, biasa la budak kan. sampai aku penah kena langgar la masa tengah solat. 

paktam cakap . masa kat saf laki ade dua orang budak pakai jubah. kepala die botak
nakal sangat. main kejar - kejar je...sampai ade sorang pakcik nie marah die. yang paling x tahan tue. siap tanya 
'' mana bapak kau ?? '' 
haha...pe la pakcik nie. nak bergaduh pulak ngan bapak budak tue. 


aiii.. !! macam2 kan. tapi SERONOK. dapat tengok gelagat manusia . . .
bile time moreh dapat minum teh susu. 
wa manyak syok !


Friday, August 12, 2011

kepenatan . . .

13 ramadhan . . . 
wah ! cepat sungguh masa berlalu. 
as usual la kan. i bile kul 2.30 je da gerak ke bazar ramadhan tuk berniaga . . .
penat tau. . .

hari nie x ramai sangat pelanggan coz ari hujan. maybe die orang malas nak keluar kot. 
kalau aku pon takut. dengan kilat & petir sekali. aku hanya mampu berdoa je supaya tak de pape yang akan berlaku kat kami warga bazar yang ingin mencari rezeki di bulan puasa nie :)

walaupon hujan tapi besh ! sebab sejuk je..
bnyak insiden yang berlaku sewaktu kami tengah berniaga tadi
..
ada anjing yang tetiba je dtg. pastu kacau sape yang lalu lalang.
ish. ish. pakcik saya cakap kalau anjing tu serbu kedai kite org die nak wat daging anjing roti john.
ish ! satu gurauan aje. giler ape. haram la . 

pastu ade penyelia bazar tu pulak da bengang giler ngan anjing tuh.
die marah pastu die sepak anjing tu. tergolek golek la anjing tu jatuh.
nampak macam kesian. tapi da anjing tu takut takut kan orang yang lalu lalang kat situ.
macam - macam la seyh !!

x abis dengan insiden anjing tu. tiba-tiba da dengar bunyi berdentum kat jalan . depan IPRM .
haish ! ape lagi kalau tak excident. time hujan nie bawak la hati - hati. 
kan da terlanggar kereta org. yang habis kereta awak sendiri.
kami warga bazar hanya mampu lihat dan menggeleng kepala je la. 

ade lagi ade lagi... hahaha
ada sorang cina park kreta die kat depan bazar kite orang. 
pastu boot kereta die tak boleh tutup. habis sekuat tenaga die hempas boot tuh. 
haish ! naik pelik aku tengok. haha
pakcik aku tanya kenapa ngan kereta cina tu. aku jawab la. kereta die tu nak bertukar jadi transformer. 
huhu

SERIUS macam2 ragam aku tengok orang hari nie. 
nama pun manusia. kalau x de tu semua. hidup kita kosong je la. x de masalah. x de kecoh-kecoh nie. hahaha


last : maaf entry terlampau panjang. tq very very very much kerna sudi baca :)

to be continued ...


Wednesday, August 10, 2011

nothing to do.

semalam saya berangan dan berangan. . . bile terfikir balik. kelakar pulak. 
berangan nak kahwin dengan doktor. saya harap bile wat praktikal nanti buleh la terjatuh hati dengan seorang doktor. 
wa !! superb punye angan - angan ..
DOKTOR ?? kan takde masa tuk die luangkan masa nanti . konperm buzy jeerrr..
papepon saya x kesah. kalau itu da jodoh saya, saya terima je la.. wink ~~
bile saya sakit , ade org yang rawat saya.. wah ! bes nyeerrr.. loving couple kan? kan? kan?

bile tersedar ! aishhh...BERANGAN jela kau ni mira


Tuesday, August 9, 2011

my heart ;) :(((

if you love somebody could we be this strong
i willl fight to win, our love will conquer all
wouldn’t risk my love even just one night
our love will stay in my heart


roti john...roti john

jom ! kita bukak kedai dah kul 4.oo da nie..hehehe nie la rutin aku ngan geng aku bila bulan puasa nie .
kami buzy berniaga. bile berbuka pon kat gerai .. 
yg paling syok ! ''PENGALAMAN ''.

siapa kata berniaga tu susah. tak sebenarnye kalau datang dgn usaha yg lebih.
mula-mula memei la . sebab modal banyak nak kluarkan.
tapi bile dah dapat untung. ALHAMDULILLAH KE HARDAT ILAHI . 
penat tu memang la kan. mana ada kerja x penat lam dunia nie. 
tido berlebihan pun badan leh jadi penat . 

sape setuju angkat tangan macam saya ! HAHAHA
1st day berniaga. agak cuak giler2 la. sampai sume barang bile pegang je nak jatuh. hehehe
gelabah punye pasal. api kat dapur pon sampai susah nak hidupkan. 
ni kan pulak masa 1st customer datang. gelabah cari duit tukar.
macam-macam hal sbenanye belaku. klakar pon ade bile ingat balik.

1st day je da ramai pelanggan beratur. maybe sebab beliau sekalian mau mencuba ROTI JOHN kite org kot. hehe.. saya la paling cuak bile die org perhati je saya sediakan roti john.
my uda pulak lagi la kan, sebab die chef nye. hehe..tapi nampak rileks sikit ucu aku. die tukang potong roti and wat preparation tuk sagat menyagat sayur nih.

time hari pertama jugakla ramai family aku telefon bertalu - talu. 
ish! den tengah meniaga nie. mana sempat nak borak-borak. haha

serius sakit pinggang & belakang aku . 4 jam berdiri dan x duduk langsung. kes x bawak kerusi.
kalau bawak pon mana la sempat nak duduk. customer tengah berderet .

jom tengok gambar roti john yg kami hasilkan :)

 RM 4.00 satu.

semangat 1 Malaysia !


 credit to : sape yg snap gambar kami . hehehe.

kalau rajin saya upload gambar lagi ye, hehehe......dan x lupe jugak saya sambung story lagi.
banyak lagi story mau kongsi. hahaha


Monday, August 8, 2011

GOOD NIGHT

ya ALLAH. da nak dekat kul 2 pagi.. kenapa x tido lagi ?? padahal da seharian penat . 
ok ok ..nak off pc la nie .nanti susah pulak nak bangun sahur :))
done ! saya da baca niat puasa dah.
INGAT TAU , esok kena gi bank. wat akaun. ok ! saya tau banyak urusan esok.
ok saya tido dulu .
 bubye !!!!
gudnite & sweet dreeeaaaaammmm kamu semua ...


: (

tiba-tiba '' blank ''
i think bout it again & again

sampai x larat da. i meseg my fren , cik fara . i told her everything inside my mind 
credit to her b'coz she could understand me . really thanx ma dear ;)
think positive 
. maybe ni sume ujian dari ALLAH S.W.T . 


cik fara said . mungkin jodoh

mira said : i dont think so .

cik fara said . doa yang terbaik
mira said : ye macam tu la 

cik fara said . slalu la doa semoga hati kau ngan die terbuka 4 each other
mira said : i harap sangat . tapi x fully berharap. takut kecewa

cik fara said . just doa ye 

mira said : thanx awak ;)
tapi die da suka someone else, yg saya penah tunjuk sebelum nie

cik fara said . its ok , maybe someone more better is waiting u at kelantan
mira said : i hope so. hanya berserah kat ALLAH . saya sedih .

cik fara said . no need to sad, juz believe that someone is looking & waiting for u. tapi masa nye belum tiba lagi .



mira said : thanx sangat2 cik fara ;)

 ''  jodoh , ajal & maut terletak di tangan ALLAH S.W.T ''
kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan redha dengan segala ketentuan-Nya

last sekali. . . 
saya tak secantik macam perempuan yg awak minat :)
 maybe she better 4 u

- tamat -
end of the story 
sampai sini sahaja . noktah !
. . . hanya mampu perhati & lihat dari jauh aje. . .
hanya doa yang dapat dikirimkan selalu

Saturday, August 6, 2011

projek bulan puasa ;))

masuk ari nie da 6 ramadhan !
alhamdulillah, kita dapat menjalani dengan penuh kesabaran & ketakwaan

ok cerita pasal projek bulan puasa ni. aku sebernanye ade wat projek berniaga ;)
aku ngan pakcik-pakcik aku berniaga kat bazar ramadhan MEGAWAY SEREMBAN 

nak tau kan ape yg kite org jual. huhu.
kite org jual ROTI JOHN .

to be continued : x de idea nak cerita lebih. hahaha . MAAF !


Tuesday, August 2, 2011

sebelum tibanya SYAWAL

ehem ..ehem..sakit tekak pulak
hari ni da masuk 3 ramadhan 
kepada umat islam di luar sana , 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

bulan puasa ni banyak menuntut kesabaran kita sbg umat islam. . . 
x lupa juga bulan puasa ni lah kita ambil kesempatan untuk tingkatkan amal ibadah kita