Sunday, December 28, 2014

thanx ...

Kepada Masa Lalu,
Apa khabar? Pastinya berada dalam keadaan tertinggal di belakang, dan sering mahu dilupakan. Maaf kerana jarang menziarahimu, kerana saya sibuk memesrai Masa Hadapan.
Masa Lalu,
sepertinya orang lain, saya dengan begitu terdesak ingin melupakan kamu. Kamu, adalah sesuatu yang saya tidak perlukan, hampir setiap hari. Kamu pasti tahu, kamu banyak musuh, kan? Musuh-musuh kamu adalah mereka yang ingin menjadi lebih baik, mereka yang ingin maju, mereka yang patah hati, mereka yang gagal. Saya, adalah sebahagian daripada mereka.
Kamu tahu, hampir setiap saat saya hampir memaki kamu, kerana apa yang telah terjadi pada saat-saat yang telah berlalu. Tapi hari ini, tiba-tiba saya tersedar sesuatu. Kamu, Masa Lalu, bukanlah sesuatu yang teruk sebenarnya. Sungguh. Hampir saya menangis kerana menyesali perbuatan saya, mengutuk, menyumpah dan menyalahkan kamu atas segala kegagalan saya. Saya lupa, yang bersalah itu saya, bukan kamu.
Dalam sejenak saya terfikir, apabila saya mengutuk kamu, sebenarnya saya sedang mengutuk takdir. Dan mengutuk takdir bererti saya mengutuk Tuhan. Nauzubillah. Astaghfirullah.
Masa Lalu,
kini saya berasa hendak memeluk kamu. Kenapa? Sebab tanpa kamu, mana bisa saya jadi seperti sekarang. Tanpa kamu, mana bisa saya menjadi lebih baik. Kerana adanya kamu, Masa Lalu, kamu mengajar saya menjadi dewasa, mengajar saya memaknai rasa, mengajar saya mengenal diri, mengajar saya tentang keputusan, dan banyak lagi.
Hampir-hampir saya melupakan kebaikan kamu wahai Masa Lalu, tatkala hati saya dimamah penyesalan. Kini, saya menulis kerana mahu mengucapkan terima kasih. Terima kasih atas segala pengajaran, sungguh pun ia datang begitu lewat. Sungguh, terima kasih.
Masa Lalu,
tak mungkin saya melupakan kamu ketika masih hidup. Kerana kenangan, tarikh luputnya sepanjang hayat. Selagi hidup, selagi itu saya akan terikat dengan kamu. Pun begitu, saya tak boleh selalu menziarahi kamu, bimbang saya terlepas sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Moga kamu tetap di tempatmu, agar sesekali saya ingin berbicara tentang penyesalan dan hikmah, kamu selalu ada untuk mendengar dan memberi tunjuk ajar. Jumpa lagi nanti.
Ikhlas,
Sederhanaindah

Saturday, November 29, 2014

mewangi ...

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


Thursday, October 9, 2014

Bila larut malam

Assalamualaikum .. 

lewat pagi dah ni ..sempat lagi nak mukadimah satu dua sebelum lelapkan mata. .

seronok nak luah perasaan time orang tengah tido ..

to be honest :

1. immune badan ni lemah .. mudah sangat sakit skang :(
2. banyak jugak fikir kerja-kerja yg x selesai lagi.
3. rasa nak balik rumah .. nak tengok abah ngan mak 
4. rasa cepatlah abis final year .. 

penat .. perkataan yg x mampu nk hurai and gambarkan macam mana ..

Im always remind my self that :

biarlah penat di dunia .. rehat di akhirat nanti :)
kalau kita kejar dunia sangat pon x boleh .. tp kita kena ada dunia kalaiu nak akhirat

banyak lagi kena ubah dalam diri ni . terutama RAJIN ! tolonglah ..jadi rajin sikit .. tu yg slalu pesan kat diri ni .. 

ok ! jom tido 


Tuesday, October 7, 2014

gudnite caption


sedih ..

hati ni sedih . kenapa ?
macam luka lama berdarah balik .. sabarlah wahai hati

dugaan untukmu kali ini .. kena la kuat kan .

jangan mudah give up !

bila niat kita baik, Allah akan permudahkan .. percaya akan itu

" Saya minta maaf kalau kehadiran saya tidak menyenangkan orang lain. "
 Jika perlu ... i need to stay away .. choose the other path .

maaf.

" jodoh di tangan Allah "


Tuesday, September 9, 2014

awak ...

awak .. 
seandainya .. ini ketentuan yg Allah berikan .. dan Allah hadirkan untuk diri ini 
diri ini terima mu seadanya ...

biar masa yang tentukan ..

semoga kami disatukan nanti dalam satu ikatan yang sah dan halal disisiMu ya ALLAH 


Monday, September 8, 2014

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah ..
akhirnya melangkah jugak ke tahun akhir ...

i know it bit tough for this year ...

ape ape pun.. usaha kena tetap ade :)


dusty pink ! motif ?? 

tema for my engagement .. insyaAllah.. one fine day .

( semoga Allah permudahkan )

study + pikir masa depan + pikir tuk bahagiakan parents 



Sunday, August 17, 2014

everything happens for a reason ..



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Tuesday, July 1, 2014

percayalah dan bersabarlah :)



Bersabarlah.

Sesungguhnya Tuhan berterima kasih kepadamu yang bersabar di dalam kesulitan dan kepedihan hatinya.

Kerana

Kesabaranmu adalah tanda bahwa engkau percaya bahawa Tuhan sedang menyusunkan sesuatu yang lebih baik bagi diri dan kehidupanmu.





my 1st experienced

What my 1st experienced ??

jadi ajk teknikal tuk dinner MR ..  ni bukan AJK biasa-biasa tau . !
Boleh dikatakan kita org tubuhkan team produksi sendrian berhad semata-mata tuk dinner tu

Krew teknikal yg memang ohsem !
MIRA , SYAFIQ & NANI

TEAM PRODUKSI :
Amal ( director ) , mira & nani ( camera gurl a.k.a tukang shooting ),
ina & kown ( terlibat utk storyline ).

RETIS LA SANGAT :
Syafiq ( James Bond a.k.a main actor ), fazi ( actor at rooftop perdana ),
daus & pelakon import dr student 1st year ( bodyguard si james bond )

tape rewind ! ...

1st time buat shooting .. muka kena tebal kot ! ( tu yg penting ) sbb nk kena hold camcoder depan org ramai and berlagak kununnya tengah shooting tuk final year project ! .. kena act macho semachonye .. hahaa
Kalau pegang camera sebesar macam nk shoot filem tu boleh la org percaya tgh shooting filem .. ni pegang camcoder and guna tripod .. kena letak tripod tengah2 org ramai .. dan anda akan menyedari bahawa semua orang sedang memerhatikan gelagat anda .. malunyeee.. seriuss ! nak pakai topeng je masa tu .

ni tempat shooting pertama kami ! 


ni la james bond kita org .. time ni tengah siap-siap nak transformkan diri jadi james bond 

 ni la tuan DIREKTOR kami .. tengah bz lateww..


kami la krewnya .. semua peranan kita org amik sampailah ke makeup retis ni .. nak jimat bajet la katakan sbb baru je tubuhkan team ni .. 
org baru nak belajar :)


tak lupa juga pada 2 orang yg kiut ni .. hehee.. 
dah ready nk gi shooting ni . 


yang ni dah get ready nk shoot depan balai ketibaan .. punya la susah nk shoot part ni . sbb nak tunggu kreta clear and org clear dulu .. 

and memang kena muka tebal abis .. seolah olah tebal mcm dinding concrete.

kat dalam airport pon kita org shoot ...masa nk shoot tuk jamesbond dah sampai ke Malaysia 
memang masa tu kena diri tengah laluan org ramai .. 

dan aku slumber letak kamera kat tengah2 laluan tu.. 
( dalam hati biaq pi la pa org nak kata ..janji keje aku siap ) 
hahahaa... interesting experienced on that time ! 


 time kat hotel perdana, KB .. 


ni shooting part jamesbond and bodyguard nak kluar dr lif
memang kita org main pintu lif je malam tuh ..
hahaha..

macam hotel tu kita orang punya je ..

lif tu asyik turun naik .. mesti org kat bawah pelik..ramai sgt ke visitors sampai lif x benti turun naik ..

HAHA..



sesi tunggu lif nak bukak ...


penat dak dua orang ni nak tunggu lif bukak n smpai tingkat 2 . hehee
menahan sabar dengan muka comel lagi

ni la nani .. camera woman on that night ..replace my place pulak 
waktu siang, masa kat airport aku shoot .. ni dia pulak ..


tu dia .. dah maii dah .. james bond ! 
:)
hahaa.. part ni pon lama nk shoot sebab nk dapat angle yg cantik bila
 james bond mula2 kluar dr lif 


ni tahap borink dah .. bergambar sat ! .. sebab dalam lif tu ade cermin ..


reconfirm balik scene yg kit org shoot ..puas atie ke tak . hehee



dah jom ke pintu utama pulak ! nk shoot part james bond baru sampai ke Hotel Perdana

ni dah macam sesi kena TERJAH dalam lif je ..hahaa



mulut kena ramah time ni .. mintak tolong abang yg jaga pintu masuk terlibat dalam pembikinan filem pendek kami . hehehe.. abang tu orite je .. sporting pulak tuh 

part ni boleh pulak kereta lock ..dah la lama abang tu nak bukakkan pintu 

abang tu pon pelik..asal pintu kereta ni x leh bukak.. hahaa




ni setting tuk james bond masuk ke pintu utama Hotel Perdana ...

ni pon mintak tolong abang yg sambut tetamu tu berlakon jap .
sebenarnya penyambut tetamu tu pakai baju kemeja putih ...
kami boleh pulak request nk abang yg pakai baju oren tu jd penyambut tetamu ...
untungla die org .. tp kesian kat abang yg pakai kemeja putih tu sbb perkhidmatan mereka tak diperlukan ..
takpelah ..next time k ! 



kan dah kata .. abang 2 org tu memang sporting ! . 

ok da smpai penghujung ..  masing2 da keletihan sebab dr siang sampai ke malam kita org bekerja 
:)


 sesi perbincangan tuk next shooting ... for the next day at rooftop hotel perdana !
jarang org dapat naik kat situ .. kira team kita org beruntung sangat !


jom balik ! 
dah pukul 10 malam dah ..drp siang tak berhenti shooting .. benti time maghrib & makan malam je 

shooting yg hari kedua kat rooftop aku tak dapat join .. so x dapat nk letak gambar kat sini
sbb tak tau situasi masa shoot cam mana. 
hehehe

sekian . pengalaman . interesting . seronok . 

boleh keje dengan TV3 kot lepas ni . hahaa





mukadimah on ramadhan

assalamualaikum...

since dah berkurun tak menaip !. 
and dari tak buat pape kat rumah ni .. im determined to update my blog always .. 

bila ade cerita sensasi je ..patot aku taip :)

ok . bye ..

wasalam .. need to rest . padahal da banyak rest pon siang tadi
since tak ngantok lagi kan ..

nk cerita la sepatah dua .. throw back or campak belakang balik ! .

ok. move to the next entry guys :p

Sunday, June 8, 2014

sehari sebelumnya ...

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur sehingga hari ni aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ni..
Dalam sedar tak sedar esok merupakan tarikh dimana aku dilahirkan dan muncul di dunia ni.

Syukur kepada bondaku , kerana melahirkan ku di dunia ni.. aku dapat rasa betapa sakit dan besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak ..

Esok genaplah aku berusia 22 tahun .. banyak pengalaman suka , gembira, sedih yang aku lalui sepanjang hidup ni .

Semua tu corak warna warni kehidupanku ..

Bila terkenangkan hari esok ..aku tetiba jadi sebak ..

Aku mampu kuat dan teguh hingga ke hari ini kerana adanya saluran kekuatan darMu Ya Allah..Adanya semangat dan doa dari kedua ibu bapaku .. dan tak lupa juga doa dari guru, keluarga dan sahabat seperjuanganku ..

Semoga Engkau berkati dan rahmati hidupku ini sentiasa …
Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariMu ..


-Going to be 22  - 


Sunday, May 18, 2014

kenangan mengajarku

Kalau semua kenangan boleh di padam, kita nak muhasabah diri bagaimana? tak apa. tak salah untuk ingat segala duka. tak ralat kalau tak boleh buang segala memori. sebab kenangan itulah yang akan mengajar bagaimana untuk mengelak dari terluka sekali lagi. alhamdulillah terima kasih, Allah. dari kenangan aku belajar menjadi lebih baik

#sederhanaindah


#akuislam

Friday, March 28, 2014

Kenapa kita ditemukan dengan.....



1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, oleh itu masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Harus kita ingat, biarpun insan tersebut pergi meninggalkan kita.. kita masih ada Allah SWT yang sentiasa Mengasihi dan Menyayangi kita. Cinta manusia tidak ke mana, yang kekal dan abadi hanyalah cinta Allah.

Cinta Allah tu lagi luas dari segala-galanya :)

. Experience is the best teacher .
Kita bangkit dan bangun dari kejatuhan tu , sambutlah dan raihlah pemilik cinta yang hakiki


Monday, March 3, 2014

today

alhamdulillah .. harini aku masih bernafas di muka bumi Allah .

setiap hari aku akan buat hari aku lebih bermakna ,
aku tak nak ingat lagi kisah lepas .. bagi aku tu semua tinggal debu debu yang berterbangan sekarang

aku nak fokus apa yang ada di hadapan aku .. masa depan aku .. kebahagiaan mak ayah tu yang penting :)

aku bersyukur , di usia muda ni banyak pengalaman aku lalui .. tidak lupa juga aku belajar utk menghadapi setiap ujian yang ALLAH kurniakan .. itu salah satu tanda Allah masih sayangkan hambanNYa..
DIA datangi kita dengan pelbagai ujian kerana DIA nak dengar rintihan kita dan nak kita dekat denganNya .

kalau ada yang tanya ape perasaan aku sekarang ..

aku akan jawab aku bahagia dengan adanya 'pencipta bahagia' yang selalu disampingku ketika aku gembira dan sedih ...cukup hanya DIA dihatiku ..

doa dan harapan aku ..

" Semoga aku sentiasa dilindungi olehNya dan diberkati dalam segala hal "

sampai masa , Allah akan bagi ape yang perlu untuk kita ..

yang penting .. usaha, doa dan tawakal ...

3 mac 2014 . . .


Sunday, March 2, 2014

breakfast today ,,,

Aren't you something to admire, 'cause your shine is something like a mirror
I can't help but notice, you reflect in this heart of mine


The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
:)

Friday, February 28, 2014

be strong . .


Jika permata yang kita cari dan gali namun kaca yang menanti kita, jangan mudah kalah, bila rebah jangan berubah, sediakan hati yang tabah seteguh Kaabah walaupun besar taufan melanda namun semuanya pasti akan berubah.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ada bersabda,
مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ ؛ وَلَا نَصَبٍ ؛ وَلَا هَمٍّ ؛ وَلَا حَزَنٍ ؛ وَلَا غَمٍّ ؛ وَلَا أَذًى – حَتَّى الشَّوْكَةُ يَشَاكُهَا – إلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa takut, kekhawatiran (pada fikiran), sedih (karena sesuatu yang hilang)[1], kesusahan hati[2] atau sesuatu yang menyakiti[3] sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.” (HR. Bukhari no. 5641 dan Muslim no. 2573)

Friday, February 21, 2014

sampai satu tahap .. dan satu titik ..



Memang susah nak redha dengan semua perkara.
Lagi-lagi perkara yan kita terpaksa itu mampu “menghancurkan hati”.

Tapi macam mana sakit pun untuk lalui perkara tersebut,
hanya redha jawapan yang ada untuk melegakan hati yang “hancur” itu.

Lapangkan dada kamu. Cubalah lupakan perkara tersebut.
Sibukkan dengan perkara-perkara lain.

Ingatlah, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Tidak ada satu perkara pun yang berlaku tanpa hikmah.
Carilah hikmah yang tersembunyi itu.

Tukarkan 'terpaksa' kepada 'redha'.
Sabarlah wahai hati. Terus ukirkan senyuman!

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[Al-Baqarah:153]




sumber : akuislam

Wednesday, February 19, 2014

Kenapa kita tak kuat ...



Kenapa kita tak kuat, rapuh dan lemah?
Cuba check hubungan kita dengan Allah.
Macam mana ibadat dan amalan kita pada Allah?

Tiada yang mustahil dalam dunia ni....
Cukup syarat kita jaga hubungan kita dengan Allah...
maka terselamatlah kita di dunia dan di akhirat.

Itu janji Allah Azza wa jalla.


Tuesday, February 11, 2014

by sederhana indah

cinta untuk-Nya, rindu untuk Rasulullah SAW, sayang untuk kedua ibu bapa, kasih untuk sesama manusia. 

dahulukan yang penting, tapi jangan pula semudah itu untuk mengabaikan yang lain ..


Thursday, February 6, 2014

subhanallah..


3 perkara..

3 Hal dalam hidup yang tidak AKAN pernah kembali : 


WAKTU, PERKATAAN & KESEMPATAN



3 Hal dalam hidup yang paling BERHARGA



CINTA, KEPERCAYAAN & PERSAHABATAN



3 Hal yg TIDAK PERNAH terlambat utk dilakukan: 



TAUBAT, MEMAAFKAN, & MEMPERBAIKI DIRI


Saturday, February 1, 2014

mukadimah pagi ahad...


Untuk setiap yang pergi dari kita.
Yang hilang dari genggam erat tangan kita.
Tak kira apa saja.
Baik harta atau manusia.

Tanam dalam hati.
Yang Tuhan akan ganti semuanya nanti.
Dengan yang lebih baik lagi.
Yang terbaik buat diri.

Dan yang terbaik itu.
Bukan menurut apa yang kita mahu.
Tapi ketentuan itu.
Yang menjadikan kita insan yang lebih baik dari yang dulu.

via : akuislam 

Monday, January 27, 2014

no caption




Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu
Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kurelai cinta tak suci ini pergi
Kuhayunkan langkah kaki
Meraih cinta yang suci
Moga ada insan yang luhur… sehati




tetap menantimu ..



Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Wednesday, January 22, 2014

sepetang

Hari berganti hari ..

luka di hati semakin pulih ...
terima kasih Ya Allah ...

jika kita ikhlas akan sesuatu yang mengecewakan kita ..
Allah akan bagi yang lebih bak untuk kita ..
cuma kita perlu sabar :)

ye.. sabar tu kunci utama ..

hati ini semakin tenang dengan kehadiran pemilik hati yang sebenar ..pencipta bahagia yang sebenar ..
hanya padaMu tempat aku bersandar sepenuhnya ..

ujian yang hadir ini mematangkan aku ..mendewasakan aku ..

dan hari ni ..aku mampu tersenyum lagi setelah jatuh tersungkur

:) cukuplah Allah di hatiku ..


Tuesday, January 21, 2014

the power of soul

Kenapa nak ...

kenapa nak ...

sedih-sedih,
nangis-nangis, 
rindu-rindu ingat cerita silam ???

BERTAUBAT ..tuju akhirat .. 
TU cerita masa hadapan 


Wednesday, January 15, 2014

Peraturan Pengunjung Kedai Hati


1. Dilarang mematahkan apa-apa pun.

2. Dilarang masuk kalau hanya ingin melihat-lihat.

3. Kalau mahu lihat-lihat dulu, silakan perhatikan display/contoh yang tersedia 

4. Kalau hendak meninggalkan kedai, harap beritahu pemilik, dan kembalikan keadaan kedai seperti sedia kala.

5. Menyelerakkan kedai lalu pergi adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Atau mungkin lebih baik adalah menjaga hati kita sendiri, kerana percayalah diluar sana ada entah siapa yang menjaga hati untuk kita
 :)


sumber : #akuislam

Thursday, January 9, 2014

My konvokesyen

 MOMENT yang aku xkan lupa sampai bila-bila ..
 bila aku dah konvo dalam PSSCM . .

 KONVO SILAT CEKAK DAN PERKHEMAHAN PERDANA SE-MALAYSIA DI PANTAI BALOK, KUANTAN PAHANG 
23-24 NOVEMBER 2013
( bersamaan 19-20 Muharam 1435H )



majlis istiadat konvokesyen kali ke-29 sempena perayaan 48 Tahun PSSCM di UIA kuantan pahang .
Excited sangat sebab nak konvo .. setahun tau kita tunggu saat gemilang ni :)

nak putar balik masa .. hehehe..
separuh daripada kami naik kereta dan separuh lagi naik van .. yang naik kereta kena gi awal sebab nak tolong preparation konvo . .

hari pertama kami singgah di kemaman dulu ..
makan-makan kat rumah kak rosas .. best !! dapat makan nasi lemak orang kemaman ..
tak sah kalau tak tambah dua pinggan . haha..

lepas tu kami mula bergerak ke kuatan . . KUANTAN !! HERE WE COME ! .. TAK SABAR sangat dah masa tuh ..

ok ! bergambar dulu sebelum bertolak ke kuantan :)
perkara wajib . HAHA

sampai kat kuantan .. cari shopping mall ! .. hehehe..
EAST COST MALL .

agenda die cuci mata..solat..makan.. semua ade la . . nak tengok wayang je tak sempat 





ni masa kat dalam mall .. 
masa ni semua orang dah tunggu kat tingkat atas sebab nak gerak ke UIA kuantan .
pastu aku ngan farehah sempat lagi menyelinap masuk ke KFC ! LAPAR punya pasai . hehee

kantoi sebab bawak bekas minuman KFC :)



Bila da sampai ke UIA kuantan ..
serius ! terkejut sebab kampus kesihatan die orang besar plus cantikkkkk !!!



UIA KAMPUS KUANTAN


 kami bergambar kat depan pejabat pengarah kampus tuh .. hehehe
kat dalam ni la dewan kami konvo :)




ok .. yang dua orang tu nk interframe lebih !! 
Abdul Salam & Nasrul Che Kar 


gambar kami je yang banyak sebab kami sampai awal :)


cantik pemandangan kat UIA ni .. 
time ni tengah panas terik . sempat lagi beremur nak amik gambar 

ok ! time to tolong2 prepare dewan tuk konvo keesokan hari . . .


ni semasa sesi persiapan dewan konvo ..


sama-sama setup pentas konvo :)
cantik kan .. 



sebelum tu kami sempat mencelah main gamelan yang ada tuk perasmian konvo . .

rindu giler nak main gamelan ! .. last aku main masa form 3 . . 
time zaman muda-muda dulu . .

GAMELAN GIRL ... 
sempat lagi tubuhkan team gamelan terdiri daripada ahli silat cawangan kelantan 
kecoh gak la masa tuh .. kami yang memeriahkan suasana masa tu.

bunyi ketang ketung .. sumbang .. kod tak betol . nama pon raptai dan sesi latihan kan .. hehehe

TEAM GAMELAN KELANTAN


saya jadi cikgu die orang .. hehehe..

saya ajar main lagu TIMANG BURUNG .
lagu yang paling femes slalu orang wat pembukaan tuk perasmian majlis 


kak bazilah pon dah reti main gamelan .. hehehe..


 kusyuk masing-masing dengar penjelasan yang diberikan .. hehehe

             KELANTAN GAMELAN'S TEAM 
HERE WE ARE

jadi tontonan umum masa tuh .. 

Ni kes duk rehat pas buat kerja ... 

lepas siap preparation dewan .. kami gi makan kat tanjung lumpur !!
SEAFOOD time ! .. macam x biasa .. agenda utama kami  kalau berjalan konferm makan yang diutamakan dulu . . kena la makan sedap-sedap kalau da sampai tempat orang kan :)

lepas makan balik tido kat homestay ! . hehehe


HARI KEMUNCAK : KONVOKESYEN PSSCM 


PAGI tu sampai di UIA .. kami start mendaftar as peserta yang nak amik sijil ..



ni gambar sebelum nak gerak ke tempat konvo .. 
perasaan EXCITED terlebih ..



sesi pendaftaran peserta konvo .. 

aikk.. ade orang amik gambar saya la ...



 tak sabar nak gi beratur pulak ... amik gambar dulu ! 



camera man kami :)
hehehee


akak akak and abang-abang yang dah konvo pon datang tengok kami konvo tau :)
mereka pulak yang nervous . hehehe


sesi photoshoot masa beratur sebelum nak masuk ke dewan
PESERTA KONVO USM & UMK
 :) 



NI dengan kawan-kawan yang dapat kepujian :)
tahniah awak semua ..






semua nampak cantik dan segak dengan berbaju biru gelap .. 



dah kat tangga nk masuk dewan. sempat lagi . hehehee
hari bersejarah kan. . harus la amik gambar banyak-banyak 

SAAT YANG DINANTI ..

PERARAKAN MASUK PESERTA KONVO KE DALAM DEWAN 

kami duduk ikut tempat yang telah dietapkan ..

selepas beberapa minit kemudian ..
perarakan masuk Yang Mulia Guru Utama 




majlis kovokesyen dilaksanakan dengan penuh istiadat 
:)


PESERTA KONVO KELAS LATIHAN USM & UMK
CAWANGAN KELANTAN


Alhamdulillah kami semua dah dikiktiraf sebagai ahli tamat PSSCM 
PESERTA KONVO KELAS LATIHAN UMK

PESERTA KONVO KELAS LATIHAN USM


Barisan tenaga pengajar, ahli tamat dan ajk-ajk cawangan kelantan :)

BERSAMA & BERSATU 
mereka turut sama hadir bagi sokongan kat kami yang konvo .

seronok sangat .. ni la my big family kat sini . . hehehe

ALHAMDULILLAH ..
berkat guru dan karamah kedua ibu bapa 
:)

lepas selesai majlis konvokesyen.. 
semua peserta ke Pantai Balok, kuantan untuk daftar di tapak perkhemahan yang disediakan di tepi laut 

bayangkan semua tido kat khemah tepi pantai .. hehehee



antara sebahagian khemah yang terdapat kat tapak perkhemahan :)


petang tu kami beriadah kat tepi pantai .. makan aiskrim kat tepi pantai 
pakcik yang bawak motor aiskrim tu laju je kejar kita org 

gara-gara nak melariskan ais krim die .hehee

seronok sangat !


pemandangan sebelum senja ...


pinky gurlsssss
upss... jangan jeles ! 

tournament bola tampar 

bagi sokongan kat kawan-kawan 
:)

yeayy !! pasukan bola tampar lelaki menang .
Dapat hadiah tau .. 
last shoot before maghrib

1..2..3.. MULA !!
hahahaaa.. mesti pelik kan . . macam nak gi lumba lari .
camerawoman yang snap tu la ghoyak macam tu ..

 ok..ok.. last one !! 
kita orang suka amik gambar banyak2 ni .. 


after riadah .. malam nye pulak ade majlis makan malam :)
seronok .. sepanjang kat sini makan je . . 

tu la aku suka sangat join program yang dianjurkan oleh PSSCM .
disamping dapat eratkan silaturrahim sesama ahli .. dapat makan best2 ..

MAJLIS PENUTUP keesokan harinya ..
sayang nye nak tinggalkan kuantan ..  sebelum majlis bermula breakfast dulu kat tepi pantai pastu makan aiskrim lagi . hehehe..

bergambar dengan kak dila :)
rindu dia sangat-sangat .. al maklumlah dah pindah ke cawangan pahang
kami selalu gaduh-gaduh..gelak-gelak..gossiping..
hehe


 santai-santai di tepi khemah !!

sempat lagi bergambar sebelum majlis penutup start 


 kami di barasan hadapan tau masa majlis penutup berlangsung 

PEACE !!!!

Selesai la sudah program kami selama 2 hari di kuantan, pahang .
PROGRAM YANG PALING MENYERONOKKAN 

MAJLIS PENUTUP 
PROGRAM PEKHEMAHAN PERDANA PSSCM SE-MALAYSIA
PANTAI BALOK, KUANTAN, PAHANG

Peserta konvo dan  perkhemahan perdana bergambar dengan YM Guru Utama 

HIDUP CEKAK ! 
BERSAMA & BERSATU 

:)


imbau kembali kenangan 2013 ...  BEST SANGAT ..