Sunday, June 8, 2014

sehari sebelumnya ...

Bismillahirrahmanirrahim…

Syukur sehingga hari ni aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ni..
Dalam sedar tak sedar esok merupakan tarikh dimana aku dilahirkan dan muncul di dunia ni.

Syukur kepada bondaku , kerana melahirkan ku di dunia ni.. aku dapat rasa betapa sakit dan besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak ..

Esok genaplah aku berusia 22 tahun .. banyak pengalaman suka , gembira, sedih yang aku lalui sepanjang hidup ni .

Semua tu corak warna warni kehidupanku ..

Bila terkenangkan hari esok ..aku tetiba jadi sebak ..

Aku mampu kuat dan teguh hingga ke hari ini kerana adanya saluran kekuatan darMu Ya Allah..Adanya semangat dan doa dari kedua ibu bapaku .. dan tak lupa juga doa dari guru, keluarga dan sahabat seperjuanganku ..

Semoga Engkau berkati dan rahmati hidupku ini sentiasa …
Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariMu ..


-Going to be 22  -