Wednesday, December 20, 2017

Hari yang suram...

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk pon dah suram kan, 

memang rasa down harini, sebab pikirkan masalah yang tak selesai sampai hari ni.

Cemburu bila tgk semua anak perempuan yg rapat dengan ibunya 😕😕

" Kalau la aku pon boleh begitu "

sedih . . . 

Aku cuba nak jadi anak yang baik, tetapi segala kebaikan dipandang sepi . . . 

tak tau nak buat macam mana lagi ...

my routine :

  • Bangun pagi , subuh dan pergi kerja ( nak buat breakfast mmg x sempat sbb mengantok sgt )
  • Balik kerja, solat maghrib dan terus ke dapur..masak atau kemas dapur sebelum berehat ( walaupon badan penat menghadap jem berejam ) tak pernah merungut pon. Cuma muka kepenatan je.
aku tak pernah merungut kepenatan, sebab aku tau tu tanggungjawab yg diberikan untuk aku. Bila tak buat breakfast, mungkin mak tak berkenan hal itu.


Tapi..tapi 

kalau fikir dari sudut lain, ada tak org sanggup jd cam aku, penat mcm mana pon buat kerja jugak. Kalau org lain aku perhati malas nak kemas rumah atau dapur. Biarkan je bersepah ( mak dia org relax je, anak mmg pandai melawa tapi x pandai mengemas ). Tapi tak semua la.. selalunya situasi mcm aku ni sbb dapat mak yang garang kot. 😂

  • Aku ni sangat aktif hal persatuan (sampai kena marah kerana lebihkan persatuan dan kawan-kawan dr family). Itupon aku dah cuba kurangkan aktiviti yg ada, tak se aktif masa di universiti.

Apa-apapon aku sentiasa doa supaya menjadi anak yg solehah 
walaupon  dimarahi atau nampak tak berkenan di mata seorang ibu 
😌😢

" SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU "

mungkin aku tak mampu lagi memberi kemewahan kepada kedua ibu bapa ku (kadang terasa gak bila aku diberitahu kpd kengkawan yg lain yg aku ni hanya kerja sementara je, belum dapat kerja tetap lagi) , yang hanya aku mampu berikan adalah doa pada setiap hari kepada kedua ibu bapaku..dan semoga mereka sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t. 

setiap yang berlaku pasti ada hikmah .. I LOVE BOTH MY PARENTS. 


ujian untuk didik hati ni sentiasa bersangka baik dan bersyukur dgn segala kurnia dariNya.

p/s : kepada anak-anak yg diluar sana, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kamu selagi mereka masih ada. . .  




Monday, December 11, 2017

Atuk..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam 2017 . setelah setahun menyepikan diri . Then i'm back !😘

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, masih dikurniakan kesihatan dan nikmat yg Allah berikan tanpa kita sedari. .

Throwback . . 

Sedih dan sayu malam ni, sebab teringat arwah atuk.. 
Sebulan selepas aku menjadi tunangan orang, atuk pergi menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terkilan sangat2 sebab minggu yang sebelum tu aku tak sempat melawat beliau di kampung, dan kebetulan minggu yang kami dah plan nak balik beramai ramai, atuk dah tiada..

Berita pemergiannya yang secara mengejut buat aku sedih sampai sekarang . 

sayang atuk ..


Hensem sangat atuk masa ni dan happy sangat tgk cucu sulung dah bertunang

GAMBAR TERKHIR MASA SELESAI KENDURI BERTUNANG


Semoga Rohnya dicucuri Allah s.w.t dan ditempatkan dikalangan para solihin.

AL-FATIHAH ..