Tuesday, June 7, 2011

my favourite ;)

Bermula dengan tajuk buku di atas..aku start baca buku ni masa form 3 ke form 4..aku pon x ingat la.
tapi buku ni la..banyak sejarahnye. 1st muka surat je. dah wat AKU JATUH CINTA..hehehe..
ulasan ceritanye sangat2 menarik.
Cerita berkisarkan seorang Hamba Allah yang berperang demi jalan yang di redhai Allah..berperang dengan makhluk yang dimurkai oleh ALLAH s.w.t..
Jalan penceritaan yang mendebarkan..watak2 yang sempurna.!!
perjalanan Laksamana Sunan menentang Taghut dan Sang Petala
Pembacaan diteruskan dengan cerita cinta Sang Ratu..kali ni cerita berkisarkan Sang Ratu yang datang ke negeri Aceh tuk menentang Laksamana Sunan kerana diperintahkan oleh Maharani yg berasal dari kerajaan Pulau Utara..tetapi Sang Ratu telah memilih islam sebagai agama anutannya dan Saifuddin atau dikenali Laksamana Sunan telah menikahi Sang Ratu.
Dalam kisah ni banyak konflik bila Sang Ratu telah mati di tangan MAHARANI.!
Watak BANGSA POLIP juga diperkenalkan dalam novel ni  =)

 Hijab Sang pencinta pula..Saifuddin telah ke Abad 21..setelah tertido dalam sebuah gua.
Kejadian itu dinamakan Ashabul Khafi..dan Laksamana Sunan juga nyaris dinikahkan dengan Haryani..tapi disebabkan sebutir peluru. Laksamana Sunan telah kembali pada tempat asalnye..


 Cinta Sufi..kisah apabila Laksaman Sunan terjaga selepas tidonye agak panjang dalam gua..waktu tu portugis dah datang menyerang negeri Melaka..Dalam kisah ni..banyak kelemahan ditonjolkan pada watak Laksamana Sunan..Dan banyak pengembaraan..Watak Catalina. seorang balu portugis telah meneruskan pengembaraan ke negeri Melaka demi merungkaikan mimpi tentang Maryam, iaitu watak  masa hadapannya..=)

Dan terakhir yang aku dah baca..ni la.buku ni lagi menarik dari cinta sufi..ADUH !! banyak sungguh tentang Laksamana Sunan..hehe..dan bangsa Polip turut de jugak..pengembaraan demi menegakkan jalan Allah s.w.t..dan pengembaraan yang penuh dugaan bila Sang Petala menggunakan pelbagai helah untuk mengelakkan Laksamana Sunan untuk terus mengejar Si Taghut yang berada di negeri Atas Angin..Watak Sang Dewi yang telah disumpah oleh Maharani telah menyeru LaksamanA Sunan melalui dunia yang tidak berdinding dan bermata..iaitu dalam mimpi..tanpa disangka Sang Dewi merupakan Ratna Sang Ratu..

Aku dapat rasa la kan...Ramlee Awang Murshid nak teruskan sambungan trilogi cerita ni !!

Serius Aku x sabar nak tunggu...=)

No comments:

Post a Comment